Superman <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3379687685887923656\x26blogName\x3dYou+belong+with+me.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://smileisgreatestgift.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://smileisgreatestgift.blogspot.com/\x26vt\x3d-6407903921593470513', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Diary

About

Links

Stuffs

Follow
Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak
Sunday, October 30, 2011 | 3:20 AM | 0 speak(s)

Utusan Malaysia

ARKIB : 15 MAC 2011

Pengunjung mahu pameran diadakan dua kali setahun


(Dari kanan) Athena Balina Lawrence, Alisia James dan Dayang Mirsya Aina mahu pameran seperti itu diadakan lebih kerap di Sabah.


KOTA KINABALU 14 Mac - Pengunjung yang menghadiri Pameran Pendidikan Malaysia 2011 berharap pameran tersebut dapat diadakan dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Ini kerana, pameran itu bukan sahaja menarik minat pelajar lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), tetapi mereka yang masih menuntut di sekolah menengah.

Seorang pengunjung, Athena Balina Lawrence, 16, berkata, pameran pendidikan seperti itu memberinya peluang untuk memilih institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan kejuruteraan awam.

"Walaupun baru di tingkatan empat, saya merasakan tidak terlalu awal untuk meneliti mana-mana IPT yang menawarkan kursus kejuruteraan awam di negara ini.

"Menerusi pameran ini, saya dapat mengetahui syarat-syarat kelayakan yang ditawarkan dan membuat persiapan bagi memastikan saya mampu melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan awam di peringkat ijazah," kata pelajar Sekolah Menengah Teknik Likas ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Rakannya, Dayang Mirsya Aina, 16, berkata, seharusnya semua pelajar mengambil kesempatan dengan berkunjung beramai-ramai dan membawa ahli keluarga mereka ke pameran pendidikan yang diadakan itu.

"Pameran seperti ini diadakan secara besar-besaran dan ia bukan selalu dianjurkan di sini. Ia sebenarnya dapat membuka minda dan menjadi motivasi kepada pelajar agar berusaha lebih gigih dalam pelajaran," ujarnya.

Sementara itu, Alisia James, 16, berkata, sebarang maklumat yang diperolehi daripada institusi pengajian tinggi dapat dikongsi dengan rakan mereka yang tidak berpeluang berkunjung ke pameran pendidikan itu.

"Kami boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan ke pameran ini. Dengan ini, secara tidak langsung kami juga membantu penganjur menyebarkan maklumat yang sama di sekolah," katanya.



♥ Older | Newer ❥
Hello

 photo IMG_7243.jpg"

Hello to myself hello to myself
Will you comfort me, saying don’t cry?
Someday Im gonna travel the world
Thankful & Appreciate♥

Say It...

Cbox code here.


Listen...